Friday, 28 November 2014

Essential or Social?

Yesterday I had dinner with my wife at Chicken Rice Shop and witnessed a moment which I believe each and everyone of us could do better.

I saw 4 families sitting next to us, with at least a kid in the family eating dinner together. But sadly, with all due respect all parents were with their phones, checking their phones. A father that I saw, constantly checking the phone every minute.

  (Source : web)

I'm guilty of that behaviour. I checked my phone most of the time when having dinner which I don't think I should have. It is an attitude which I believe will ruin the good relationship with my family. I don't know about you, but I can forsee the next generations would be worse. 

We have to change this no matter what. I know, you know in this modern world we are tied up with piles of work, and on a good note it can be easily accessible by using phone. But do you really do your work via phone, or you are actually using it to sociallize?

Hence, we have to balance it by knowing which one to prioritize. I am taking one step after another. First, no phone during dinner with family. Thats for sure. Let's have a proper conversation with family, because that's quality.

Tuesday, 7 October 2014

Apakah Faktor Kegagalan Malaysia Mendapat Sasaran 8 Pingat Emas?

Apakah faktor kegagalan Malaysia mendapat sasaran 8 pingat emas?



Pada temasya Sukan ASIA tempohari Malaysia dikatakan telah gagal dan hanya mampu membawa 5 pingat emas sahaja. Pembangunan sukan dikatakan semakin lama semakin lemah dan Malaysia dilihat semakin kurang pelapis-pelapis yang berbakat untuk diketengahkan. Saya ingin menyenaraikan beberapa punca masalah yang kita bersama boleh bincangkan. 

1) Persatuan sukan kita lazimnya diketuai oleh Ketua Negeri (sama ada seorang Sultan, Tengku Mahkota, ahli Politik atau seorang Menteri). Mungkin ada antara mereka yang betul-betul berminat dalam menjadikan sesuatu institusi sukan berjaya dan ada antara mereka yang hanya menggunakan institusi sukan ini hanya untuk 'parking' duit atas nama Persatuan sukan. Ehem. Cuba bayangkan kos yang akan ditampung kalau orang seperti yang di atas pergi melawat sesuatu lokasi pusat sukan. Hehe. Layanan karpet merah. Lumayan bukan?

2) Kurangnya penglibatan secara langsung atau tidak langsung pihak swasta dalam pembangunan sukan negara. Kalau ada pun bercampur aduk. Dia lah nak sponsor Badminton, dia jugalah yang nak sponsor Squash. Di Korea Selatan saya difahamkan satu company seperti Samsung akan ambil satu sukan untuk diterajui. Hyundai akan ambil basketball, contohnya. Ini akan membuatkan pengumpulan dana bagi sesuatu sukan lebih khusus. 

3) Biasiswa dan universiti sukan. Kita jarang dengar pelajar yang ada bakat diberi peluang untuk mendapatkan biasiswa dalam bidang sukan. Bukan tiada, ada tapi sangat kecil jumlah nya. Bayangkan kalau anda pandai main bola padang, dan bakat anda memang terserlah. Kemudian anda diberi biasiswa akademik dan sukan. Tak happy? Tapi tak semudah itu bukan? Wujudnya universiti sukan juga dilihat mampu memberi platform yang lebih besar dalam pembangunan sukan dalam negara. Ya kita ada lebih kurang 8 universiti yang fokus kepada sukan tertentu tetapi mengapa kita tidak boleh ada satu Universiti Sukan yang khusus seperti di Korea, Jepun? Alaa.. bukan tak biasa keluar perbelanjaan besar-besar buat Universiti en?

4) Kita kurang platform untuk setiap golongan untuk ceburi bidang-bidang sukan tertentu. Saya nak tanya, Watson Nyambek, Rabuan Pit, Azmi Ibrahim datang dari platform mana? sekolah, universiti? Selain dari laluan itu bagaimana seorang pegawai sukan turun ke padang mencari bakat-bakat baru? Kita tak tahu sebenarnya di pendalaman Sarawak sebenarnya lahir seorang pelari terpantas tanah air? Dia tak pergi ke sekolah, tapi mempunyai minat mendalam dalam sukan larian. Saya boleh beri contoh program myteam dulu, walaupun program itu nampak tidak disenangi pihak seperti FAM, namun ia berjaya lahirkan produk seperti Azmi Muslim.



5) Kalau nak ukur  pembangunan sukan Malaysia, mudah je, bila kali terakhir kita pecah rekod larian 100m? Kali terakhir adalah pada pra-sukan Komonwel 1998. Tolak campur dah lebih kurang 16 tahun tak ada lagi orang yang boleh pecahkan rekod tu. Jadi nak salahkan siapa? Salahkan Khairy Jamaluddin? atau sebenarnya pembangunan sukan negara memang semakin merudum. Bila menang disanjung, bila kalah dihukum. Gan Ping Sieu bekas Menteri Belia dan Sukan pernah berkata pada saya, dia tak akan ambil credit (pujian) jika sesuatu atlet berjaya dalam bidang yang diceburi (pada ketika itu Sukan Olimpik di London, Pandelela dapat Gangsa) Bagi dia kejayaan itu dilakar hasil kejayaan individu yang membimbing Pandelela dari kecil lagi, bukan dia yang hanya baru beberapa tahun memegang jawatan dalam Kementerian. 



Jadi pembangunan sukan harus menyeluruh dan meletakkan sasaran jangka panjang. Buka peluang untuk lebih ramai bakat dicungkil. Akademi Fantasia boleh ke serata Malaysia cari bakat, takkan sukan Malaysia tak boleh kut. Bincangkan. 


Lawatan Kerja Katanya


Sekarang ramai pelajar luar negara yang telah kembali ke Malaysia. Kepakaran dan pengalaman mereka kini diterjemah dengan bekerja di dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Saya sendiri telah berjumpa pelajar alumni oxford, harvard, western australia dan lainlain

Di sini saya ingin mencadangkan agar kita dapat kurangkan 'lawatan kerja' tempoh sekejap (sekitar 14 hari) pekerja sektor kerajaan ke lua...r negara dan menggunakan sepenuhnya kepakaran dan pengalaman pelajar luar negara dalam menerangkan pelbagai perkara. Lawatan yang dimaksudkan ialah lawatan ke luar negara yang tidak mempunyai maklumat asas yang konkrit dan kukuh sebelum berlepas ke sesuatu negara.

Sebagai contoh isu pengangkutan. Kita menghantar beberapa kali wakil kerajaan ke luar negara bagi menimba pengalaman di sana. Benar. Ia perlu. Bagi membuka mata & menambah pengalaman mereka menilai dan membezakan keberkesan sektor pengangkutan luar negara. Tetapi sejauh mana keberkesanan lawatan itu yang dapat diserapkan ke dalam perkhidmatan kerajaan? Ada ia kos efektif dalam perbelanjaan negara?

Justeru, saya ingin mencadangkan diadakan lebih banyak pertemuan pelajar yang telah belajar di luar negara, tak kira lah Singapura, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Ini dalam dilihat lebih murah perbandingannya dan jauh besar pengalaman yang ditimba.

Sebagai contoh, seorang pelajar luar negara yang belajar degree akan mengambil masa lebih kurang 3 tahun, masters 2 tahun PHD dalam 4 tahun. Golongan ini secara tidak langsung telah mempelajari cara hidup di negara luar. Seperti contoh yang diberi di atas, mereka menggunakan pengangkutan awam setiap hari dan ini sedikit sebanyak membantu mereka memberi input dalam perkembangan polisi dan dasar kerajaan di Malaysia.

Sekali lagi tidak salah untuk pegawai kerajaan diberi peluang ke luar negara. Tetapi biarlah peratusannya berkurangan & lawatan biarlah lebih berstruktur serta fokus. Tambah peratusan dengan bekerjasama minda & fizikal pelajar yang telah lama di sana. Buat hubungan awal dengan golongan ini & sejurus mendapat solid ground info kemudian terus ke luar negara membuat langkah susulan. Dengan ini sebarang keputusan yang bakal dibuat melibatkan dasar kerajaan Malaysia akan menjadi lebih berkesan.

Bincangkan (20 markah)

*topik seterusnya : bagaimana kita menilai keberkersanan pegawai kerajaan kita di luar negara dan pengalaman saya.
Kadang kita lupa kita siapa,
Kadang kita terasa bila disapa,
Kadang kita leka dengan peredaran masa,
Kadang kita lemah bila diuji Maha Esa,
Kadang kita malu bila ditertawa,
Kadang kita Kadang kita
Kita Kita Kita
Kita Kita
Kita.
Semua sama.



Biarlah Berpada


Seperti yang kita sedia maklum, banyak pekerja di Malaysia yang dihantar ke luar negara bagi mewakili rakyat Malaysia di sana. Kementerian Luar, Kementerian Pendidikan, Jabatan Imigresen, Jabatan Perdana Menteri adalah antara insititusi dalam negara yang menhantar rakyat Malaysia untuk bekerja di pelbagai negara seperti New York US, London UK, Sydney Australia dan sebagainya. Cara ini di lihat lebih untuk membantu rakyat Malaysia yang berada di luar negara & menambahbaik hubungan Malaysia dengan negara luar.
Saya selaku bekas pelajar luar negara, dan lazim ke luar negara untuk menjalankan lawatan rasmi & tidak rasmi ingin mempersoalkan sejauh mana keberkesanan seseorang pegawai kerajaan yang bekerja di luar negara dapat membantu rakyat Malaysia untuk mempelopori pengetahuan dan pengalaman di negara asing.
Saya sedar, ramai pegawai kerajaan di Malaysia yang bekerja bersungguh-sungguh bagi mendapat peluang bekerja di luar negara, bagi menimba pengalaman di sana. Ada juga yang bekerja bersungguh-sungguh semasa bertugas di luar negara bagi memastikan tempoh kontrak mereka tidak ditamatkan dan terus berada di luar negara. Bagi saya, dan mengikut pendapat saya keduanya tidak salah (rujuk artikel saya sebelum ini) lagi lama seseorang individu itu berada di luar negara, lagi banyak pengalaman ditimba, dan lagi banyak pengetahuan akan dibawa balik ke Malaysia bagi dikongsi bersama.
TAPI
Adakah mereka di sana menjalankan apa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka atau mereka hanya di sana bagi mengambil kesempatan untuk bercuti dan bersuka-ria SAHAJA (dimana tiada langsung halangan bagi bercuti tapi berpada).
Perkara ini selalu berlaku kan?
Baik kini saya ceritakan pengalaman saya dan rakan saya yang pernah bertemu dengan pegawai kerajaan Malaysia yang berada di sana (Fokus saya hanya untuk Education Malaysia kerana saya pernah bekerja dengan Kementerian Pengajian Tinggi satu ketika) . Pada tahun lepas saya ke Australia bagi melakukan lawatan bekerja jadi saya lah orang yang menghubungi pegawai Malaysia di sana. Jadi saya seperti biasa akan memenuhkan jadual dengan bertemu golongan ilmuan, golongan korporat dan pelajar di sana bagi memastikan saya dapat yang terbaik sepanjang 8 hari di sana. Sebelum pergi saya dah dapat bau yang orang di sana macam ada tak kena. Harga makanan seperti tidak berpatutan, harga pengangkutan juga sama. Bila saya sampai di sana, salah satu universiti yang saya pergi adalah kali pertama head of education Malaysia Australia ini baru pergi juga. Samalah sewaktu di UK, sudah berada di sana 2 tahun tapi University Oxford pun tak pernah jejak. Di US pula saya dengar cerita, pegawai education Malaysia library of congress pun tak pernah pergi, walhal nak tamat perkhidmatan dah.
Logik akal lah, kalau dah namanya pegawai pendidikan Malaysia kalau tak tahu pasal hal berkaitan sukan dan politik di sana, saya okay lagi tapi biarlah tahu banyak pasal benda yang berkaitan. Anda adalah wakil Malaysia di sana. Anda sepatutnya lebih banyak melakukan engagement dengan Universiti di sana, golongan ilmuan disana, bukan sahaja yang jaga tiket Movie World atau Disneyland atau menjejaki semua factory outlet yang berada di luar sana.
Saya sedar bukan semua pegawai kerajaan Malaysia berlakuan sedemikian rupa, & mungkin juga ramai yang akan marah kenyataan saya ini. Ini yang saya tempuhi dan saya yakin ramai orang complain benda yang sama. Saya juga tidak mengatakan tak perlu langsung berjalan bercuti bersama keluarga (saya juga akan buat benda yang sama, mengambil kesempatan sebaik mungkin bercuti di sana) tapi biar lah berpada. Ingatlah, anda wakil rakyat Malaysia ke sesebuah negara, buat lah yang terbaik kerana kami bergantung kepada apa kemahiran dan pengetahuan yang anda timba di sana. END

Tegur


Yang kutuk akan terus mengutuk kerajaan (negeri/perseketuan). Mencari sumber pelbagai segi yang kreatif dan menarik bagi menunjukkan pelbagai kelemahan kerajaan. Sebaiknya itu bukan jalan nya. Kritik biarlah membina, lawan biar lah betul caranya. Kalau ada jalan kita tunjukkan, kalau ada masalah kita perbetulkan. Saya akan terus bercerita mengenai kepincangan, dan akan bersama-sama mencari jalan untuk perbetulkan.
Kita biar bertegur jangan hanya tahu pukul.
Sebar dengan bijak, jangan sampai terperangkap.

Berlalu Seketika, Tertutupnya Jendela


Orang semakin lama semakin marah, yang berada di atas akan terus angkuh tak bertempat, yang dibawah akan lari bertempiaran. Rakyat hanya ingin kan kebenaran. Jangan sorok, jangan simpan sebab lama kelamaan rakyat akan menilai. Rakyat dah pandai. Bukan sahaja dibuat jenaka mengenai cara pemimpin buat kenyataan, rakyat boleh menilai setiap ringgit yang dibelanjakan.
Kalau semua benda hendak dipolitikan, rasa jelik bila pembangunan Malaysia bukan lagi satu kepentingan. Makin lama makin sempit, makin lama makin sakit. Dua tahun tahan parah politik, bila habis tidak dijaga, dibuang bagai tidak dibela.
Jangan lupa, kiranya sekarang tidak dijaga, lama kelamaan luka pahit ini akan terus terasa. Apa lah kiranya dibelai sekarang, dipukul andai perlu, diusap kiranya sayu. Jika hujan kau payungkan, tatkala panas kau cuba dinginkan.
Peranan pucuk pimpinan bukan sahaja menjawab kritikan, harus kebawah rasai keperitan. Bukan lah dikata semua sebegini rupa, namun rakyat tidak lagi tunduk dengan mudahnya. Duduk bersama, murnikan bahasa, indah tutur kata. Baru lah rakyat tak mengata.
Yang membangkang akan terus membangkang. Kononnya memperjuangkan perihal rakyat sedangkan bersembunyi di sebalik kenyataan. Bagai melontar batu menyorok tangan, usah begitu kawan kerna yang kita inginkan Malaysia kekal terus aman. Kalau berharian mencari kesalahan kerajaan di mana ruang Malaysia untuk menjadi negara dikenali ramai. Duduk semeja, bincang pelbagai hal yang boleh membawa Malaysia ke suatu tempat dikagumi seantero dunia.
Rumusan saya untuk 2013, mudah. Rakyat dah bencikan politik sempit tiada hikmah, politik wang penuh rasuah. Rakyat menjadi mangsa, politik kotor terus berleluasa. Dengarlah suara denyutan nadi rakyat, bukan kerana pembangkang hebat semua, tapi rakyat tidak lagi rela dihina. Kata-kataSaifuddin Abdullah menutup tirai 2013
"Politik iaitu politik ilmu dan bukan politik ampu; politik hikmah dan bukan politik fitnah serta politik bakti dan bukan politik undi"
"Cinta kepada nilai kebenaran, keadilan, mulia dan murni. Benci kepada kepalsuan, kezaliman dan huru-hara. Inilah yang dikatakan sebagai amalan politik perjuangan"
Renungkan.